I've been writing this for 2 days and this is what it looks like.. So, please judge my essay.. If u like it, please tick.. If u dislike it, please comment in the provided space^^
TERIMA KASIH CIKGU
Jarum pendek pada jam dinding berwarna merah yang digantung di hadapan kelas 3 Delima sudah menunjukkan nombor lapan. Namun, guru Matematik mereka masih belum kelihatan lagi. Hal ini sudah menimbulkan rasa bosan dalam kalangan pelajar. Setelah lama menunggu, guru yang dinanti-nantikan itu belum tiba, maka kelas itu pun mula menjadi riuh.
Brittany Shayne selaku ketua kelas tidak dapat berbuat apa-apa apabila semuanya dalam keadaan yang seperti pasar borong itu. Walaupun dia telah beberapa kali mengarahkan untuk senyap, tetapi mereka tidak mengendahkannya malahan terus membingitkan telinga. Tidak ada satu pun antara mereka mengulang kaji pelajaran walaupun mereka akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah pada tahun itu. Ini menunjukkan mereka belum ada persediaan untuk peperiksaan tersebut.
Joanna Burke berada di suatu penjuru di dalam kelas itu bersama-sama dengan gengnya tekun membaca buku cerita hantu yang baru mereka pinjam pagi tadi. Tiba-tiba, Joanna melemparkan buku ceritanya ke arah Alistair yang sejak tadi bercakap tentangnya. Alistair sungguh terkejut, lalu tercetuslah perang dunia ketiga di antara mereka berdua. Sememangnya Joanna dan Alistair tidak boleh bersama kerana mereka bagai anjing dan kucing. Para pelajar mula mengerumuni mereka berdua dan ada sesetengah yang mengusik.
Pergaduhan antara Joanna dan Alistair telah menimbulkan keriuhan di dalam kelas tersebut. Tiba-tiba, bunyi rotan dipukul di atas meja kayu telah memecah keheningan pagi. Bunyi rotan tersebut datangnya daripada Cikgu Porolin, iaitu guru Matematik 3 Delima. Para pelajar mula kembali ke tempat duduk masing-masing. Tanpa membuang masa, beliau pun memulakan pembelajaran kerana beliau telah membuang masa sebanyak 15 minit sebentar tadi kerana beliau terpaksa menghadirkan diri dalam mesyuarat tergempar.
Setelah beliau selesai mengajar, beliau pun memanggil kedua-dua pelajarnya yang terlibat dalam pergaduhan itu untuk berjumpa dengannya di hadapan kelas. Beliau pun bertanya kepada kedua-dua pelajarnya itu, ”Jika kamu masih ingin meneruskan pelajaran, tolong tumpukan perhatian kalian pada pelajaran. Janganlah asyik bergaduh sahaja. Kalau kamu tidak ada hati lagi untuk belajar, kamu boleh balik kampung untuk menanam pokok getah memandangkan getah sekarang harganya semakin tinggi.”
Joanna dan Alistair tunduk apabila guru mereka menasihati mereka dengan nada yang agak tinggi. Tanpa mereka sedari, kata-kata nasihat daripada guru Matematik mereka telah tersulam rapi di dalam benak mereka dan mengambil positif kata-kata tersebut. Mereka mula berusaha untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada guru-guru yang mengajar di hadapan dan mengubah persepsi para guru dan para pelajar terhadap mereka.
15 tahun kemudian, Alistair mempunyai firma guamannya sendiri, iaitu ‘Alistair Advocate & Solicitor’ yang terkenal di bandar tersebut. Dia menjadi terkenal disebabkan kepakarannya untuk menyelesaikan banyak kes jenayah di bandar tersebut. Joanna pula menjadi seorang saintis di luar negara dalam bidang biokimia dan dia juga telah menghasilkan beberapa ubat yang terdiri daripada ubat untuk penyakit dalaman dan luaran dan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit tanpa sebarang kesan sampingan.
Kejayaan Alistair dan Joanna yang pada asalnya budak nakal kini terbukti bahawa dengan hanya kata-kata nasihat yang agak menyakitkan hati mereka dapat mengubah masa hadapan mereka dengan menjadi orang yang lebih berguna pada negara. Mereka bermonolog pada diri sendiri sambil mengukir senyuman, “Terima kasih, cikgu! Tanpa nasihatmu, siapalah kami.”
Nama: Azlinda Jonathan
[Please Don't Copyright My Essay! Don't Cheat Yourselves, Dude!]
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment